Tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia adalah tepat sekali - mengenai PPSMI. Slogan yang diucapkan oleh pemimpin Malaysia (merujuk kepada Barisan Nasional) bahawa kerajaan tahu semua perkara sudah berakhir memperlihatkan satu tindakan berani oleh BN.
Terima kasih diucapkan kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin dan Timbalan beliau, Dr. Puad Zarkashi atas keprihatinan mereka ini. Tetapi saya akan lebih berterima kasih sekiranya dasar ini mansuh pada hujung tahun ini (2009) dan bukan pada 2013.
Sewaktu pemerintahan Mahathir, dasar PPSMI ini dirangka dengan begitu pantas dan sebarang kajian penyelidikan mahupun perbincangan dengan bijak pandai.
Benar Mahathir besar jasanya kepada Malaysia. Mutakhir ini tindakan beliau semakin hari semakin bersifat seperti 'budak-budak'.
Pemerintahan Tun Abdullah Badawi habis dikritiknya. Walaupun Tun Abdullah sudah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, Mahathir masih tidak puas hati dengan Tun Abdullah. Ada saja kelemahan, ketirisan dan sebagainya pada kaca mata Mahathir.
Dan kini, setelah 100 hari pemerintahan Najib, Mahathir mengkritik Najib sepuas-puasnya. Tidak bolehkan Mahathir diam seketika waktu...atau diam untuk selama-lamanya? Saya akan memilih 'diam untuk selama-lamanya" bagi Mahathir.
Tun Abdullah sekarang berada di mana? Komen yang dikeluarkan oleh beliau tidak banyak malah mengambil pendekatan tidak konfrontasi.
Saya berpendapat status Mahathir sebagai seorang negarawan akan terhakis sedikit demi sedikit pada masa hadapan. Rakyat Malaysia tidak akan hargai beliau sebagai sepatutnya. Rakyat sudah muak dan jengkel dengan permainan politik beliau. Walaupun sudah memerintah Malaysia selama 22 tahun, namun tindakan Mahathir seolah-olah Malaysia ini beliau yang punya.
Dalam pendidikan tidak ada jalan pintas. Menurut Mahathir, PPSMI ini adalah jalan pintas untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Tambah beliau lagi, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tak fasih bahasa Inggeris, justeru tidak akan dapat pekerjaan. Kita nak cari pekerjaan di mana sebenarnya? Malaysia? UK? US? atau Filipina? Atau di Afrika?
Alangkah MALANGNYA jika seorang rakyat Malaysia yang mahu mencari pekerjaan di BUMI MALAYSIA, perlu FASIH bahasa Inggeris. Walhal di negara kita sendiri mengagung-agungkan bahasa asing dan anak tempatan akan merempat di jalanan.
Kemudian, adakah kita mahu SEMUA rakyat Malaysia fasih bahasa Inggeris? Adakah semua pekerjaan memerlukan bahasa Inggeris?
Bangsa yang cemerlang adalah bangsa yang berfikir melalui bahasanya sendiri.
Saya sertakan video yang saya temui dalam blog Prof. Abdullah Hassan mengenai 'GENERASI PPSMI". Moga kita renung-renungkan kesan 'halus' yang dihadapi oleh generasi PPSMI ini.
Saturday, July 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment